ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Disember 2023.


1. Murid Tahun Lima ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang di Rantau Panjang

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam alur sungai ketika bermain banjir di Kampung Petai Dusun di Rantau Panjang pada Ahad. 



2. PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baharu Cina 2024 - Timbalan Presiden 

Parti Sarawak Bersatu dijangka dibubarkan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina tahun depan selepas parti tersebut menerima 'lampu hijau' untuk kira-kira 80,000 ahli menyertai Parti Demokratik Progresif secara serentak. 


3. Lelaki ditemui maut dalam kereta di kawasan parkir

Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Ahad.


4. Kes bunuh dan tanam: Lima lagi termasuk dalang utama ditahan

Polis menahan lima lagi individu termasuk dipercayai dalang utama yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan ditanam dalam belukar di Rawang.


5. Rakyat Malaysia sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing boleh diambil tindakan

Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan membolehkan tindakan tegas diambil ke atas rakyat tempatan yang 'menyewakan' lesen perniagaan kepada pekerja asing.


6. Mangsa banjir di Kelantan dan Pahang makin meningkat

Banjir di Kelantan dan Pahang semakin buruk apabila masing-masing mencatatkan mangsa seramai 6,851 orang dan 523 orang pada Isnin.


7. Empat sungai di Kelantan lepasi paras bahaya

Empat sungai di tiga jajahan Kelantan melepasi paras bahaya setakat 6 petang berikutan hujan berterusan sejak Jumaat.


8. JDT berpeluang beraksi dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2025

Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa khabar gembira buat peminat bola sepak tempatan apabila berpotensi beraksi dalam saingan Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) 2025.


9. Sekretariat Solidariti Palestin anjur piket aman 6 hari di sekitar Kedutaan AS

Sekretariat Solidariti Palestin akan menganjurkan piket secara aman dikenali, Kepung Demi Palestin selama enam hari bermula Selasa di sekitar kedutaan Amerika Syarikat.


10. B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik

Golongan B40 mampu menarik nafas lega selepas pengumuman Suruhanjaya Tenaga (ST) berhubung pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.