awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekretariat Solidariti Palestin anjur piket aman 6 hari di sekitar Kedutaan AS

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2023
10:47 MYT
Sekretariat Solidariti Palestin anjur piket aman 6 hari di sekitar Kedutaan AS
Sekretariat Solidariti Palestin akan menganjurkan piket secara aman dikenali, Kepung Demi Palestin selama enam hari bermula Selasa di sekitar kedutaan Amerika Syarikat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sekretariat Solidariti Palestin akan menganjurkan piket secara aman dikenali, Kepung Demi Palestin selama enam hari bermula Selasa di sekitar kedutaan Amerika Syarikat.
Sekretariat itu memaklumkan piket yang melibatkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan ahli politik itu adalah sebagai respons rakyat Malaysia yang cintakan keamanan terhadap krisis genting yang menuntut tindakan segera.
Piket itu menurut Sekretariat Solidariti Palestin itu adalah bertujuan menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, gencatan senjata dilaksanakan segera, kekal dan tanpa syarat, menghentikan pertempuran untuk menangani keperluan segera orang awam di Gaza dan pengiktirafan hak rakyat Palestin untuk sebuah negara berdaulat.
"Kami juga akan memasang khemah dan bermalam di khemah berkenaan sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara solidariti pada setiap malam, selain memasang bendera sebagai simbol perjuangan rakyat Palestin.
"Kami juga merancang menganjurkan satu himpunan mega sebagai grand finale pada 31 Disember pada acara penutup," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Justeru, Sekretariat Solidariti Palestin mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agamadan warna kulit, serta mereka yang bersolidariti bersama rakyat Palestin, atas semangat kemanusiaan untuk bersama dalam piket tersebut.
Namun Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superitendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan permit daripada penganjur bagi mengadakan piket berkenaan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#gencatan senjata
#Gaza
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan