ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.


1. 'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh

Tan Sri Noh Omar menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat di kawasan berkenaan.



2. Tiada lagi pencen, kakitangan awam berisiko menyusut - Bersatu

Bilangan pekerja yang berkhidmat dalam sektor awam berisiko untuk menyusut susulan keputusan Kerajaan Perpaduan memansuhkan sistem berpencen bagi penjawat awam baharu berstatus tetap.


3. Kusta bukan penyakit keturunan, rawat awal untuk elak komplikasi serius

Penyakit kusta atau Hansen's disease bukan sejenis penyakit keturunan seperti yang dianggap masyarakat selama ini.


4. 'Arwah syahid ketika selamatkan 7 mangsa kebakaran'

Lelaki yang maut ketika menyelamatkan jirannya dalam kejadian kebakaran di Labuan disifatkan sebagai seorang lelaki budiman yang sering membantu orang ramai yang ditimpa kesusahan.


5. TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan dakwaan bahawa ia mengagihkan kuota tertentu kepada pihak swasta atau Pengendali Jemaah Haji (PJH).


6. Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara

Perayaan Thaipusam yang diraikan penganut Hindu hari ini, disambut meriah dalam suasana harmoni di seluruh negara.


7. Palestin zahir penghargaan kepada PM Anwar dan rakyat Malaysia

Palestin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta seluruh rakyat Malaysia di atas kesungguhan, keprihatinan serta bantuan yang dihulurkan buat rakyat Palestin di Gaza.


8. Tujuh individu bebas tuduhan bunuh pemandu e-hailing

Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk Mat Zaki Md Zain daripada pertuduhan bersubahat membunuh dan tujuh yang lain daripada pertuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing.


9. Malaysia akan bentang Laporan Negara pada sesi Penilaian Berkala Sejagat Keempat PBB

Malaysia akan membentangkan Laporan Negara di sesi Penilaian Berkala Sejagat Keempat di Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada 25 Jan.


10. Piala Asia 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada Harimau Malaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar, hari ini.