Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 9, 2024 15:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Februari 2024.
1. Mahkamah Persekutuan putuskan 16 kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan batal, tidak sah
Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota.
2. PN umum lima barisan portfolio baharu kabinet bayangan
PN membuat perubahan dan penambahan pada jawatankuasa portfolio mengikut kedudukan Kabinet sedia ada dengan memberi fokus kepada isu utama ketika ini.
3. Saya buat ini untuk semua - Nik Elin Zurina
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mempertahankan tindakannya memfailkan petisyen mencabar 18 Enakmen Kanun Jenayah (1) Kelantan 2019.
4. Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, kuasa perundangan Persekutuan dan negeri ditentukan Perlembagaan menerusi jadual itu yang telah menggariskan undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen serta Badan Perundangan Negeri.
5. Nik Elin, anak 'busybody' cabar undang-undang syariah - Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang merupakan satu-satunya hakim menentang petisyen difailkan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman menyifatkan dua beranak itu 'busybody' kerana mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
6. Jangan main bunga api, mercun selepas tengah malam, boleh dipenjara, denda - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan masyarakat supaya tidak bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang boleh mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada umum.
7. Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
8. Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara
Dewan Negara akan mengadakan persidangan khas pada 19 Februari ini, bagi memilih Speakernya yang baharu.
9. PM seru PDRM tambah baik peranan, imej dan integriti
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah baik peranan masing-masing dalam menjaga keamanan negara ini serta mengembalikan integriti agensi keselamatan itu.
10. Kes Zayn Rayyan: Tawaran ganjaran tidak ganggu siasatan - KPN
Ganjaran RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak mengganggu siasatan kes berkenaan.
#berita pilihan #berita tempatan #undang-undang syariah #kabinet bayangan