KUALA LUMPUR: Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, kuasa perundangan Persekutuan dan negeri ditentukan Perlembagaan menerusi jadual itu yang telah menggariskan undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen serta Badan Perundangan Negeri.
Berikut perincian penghakiman:
* "Jika ada pihak mencabar undang-undang digubal oleh badan perundangan negeri yang dilaksanakan di mahkamah syariah atas alasan ia tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian.."
* "... dan jika mahkamah sivil membenarkan cabaran itu, pihak yang mencabar dan mahkamah sivil tidak boleh dikatakan menentang allah kerana undang-undang yang dicabar bukanlah sesuatu yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah sebaliknya oleh badan perundangan negeri."
* "Jika isu pencabaran undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri atau badan perundangan negeri dilihat dari sudut ini maka tidak timbul soal mahkamah sivil tidak mempertahan kedudukan agama Islam atau tidak memperkasakan mahkamah syariah."
* "Terdapat tiga jenis hukuman di bawah undang-undang islam iaitu hudud, qisas dan takzir."
* "Hudud adalah hukuman yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah S.W.T. manakala qisas ialah hukuman yang dikenakan hukuman balas seperti nyawa dibalas dengan nyawa dan melukakan dibalas dengan melukakan."
* Takzir pula adalah hukuman yang tidak ditentukan oleh Allah tetapi kadar dan bentuk hukuman ditentukan oleh kerajaan/pemerintah dan akan dijatuhkan kepada penjenayah mengikut budi bicara hakim."
* "Setakat hari ini mahkamah syariah di Malaysia tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas tetapi hanya takzir, sama seperti mahkamah sivil."
* Justeru tidak ada bezanya mahkamah syariah dan mahkamah sivil kerana kedua-dua sistem melaksanakan hukuman takzir."
* Perbezaannya cuma hukuman takzir yang dilaksana oleh mahkamah syariah adalah bersumberkan atau mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di peringkat negeri dan diluluskan oleh badan perundangan negeri"
* "Manakala hukuman takzir yang dilaksana oleh mahkamah sivil adalah mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di peringkat persekutuan dan diluluskan oleh Parlimen."
Menurut Tengku Maimun, sama ada Islam atau Mahkamah Syariah dipertahan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam kes ini," kata beliau ketika membacakan penghakiman dalam kes itu.
Menerusi keputusan majoriti 8-1, Tengku Maimun turut menegaskan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.
Astro Awani
Fri Feb 09 2024
Menerusi keputusan majoriti 8-1, Tengku Maimun turut menegaskan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah. - Gambar fail
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Badan kehakiman bebas buat keputusan selagi tidak takut atau pilih kasih - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.
COVID-19: Badan Kehakiman manfaat teknologi laksana prosiding dalam talian - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, ia bagi memastikan akses keadilan kepada orang awam, biarpun terdapat batasan pergerakan dalam era PKP dan PKPB.