ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Februari 2024.
1. 1MDB: 'Wang derma' tak dipulangkan, masuk ke akaun Tanore
Wang berjumlah RM2.6 bilion yang diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kononnya 'derma' daripada Arab Saudi tidak dipulangkan kepada 'pendermanya'.
2. Langkawi, Pokok Sena daerah cuaca panas tahap satu
Daerah Langkawi dan Pokok Sena mengalami cuaca panas tahap satu iaitu selepas mencatat suhu harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
3. Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu
Barisan kepimpinan baharu itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat.
4. Penduduk Malaysia cecah 33.7 juta suku tahun keempat 2023
Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.7 juta pada suku keempat tahun lepas, meningkat 2 peratus berbanding 33 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
5. PDRM semak semula modul pengambilan anggota baharu, elak salah laku
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak semula modul pengambilan anggota dan pegawai baharu susulan beberapa kes salah laku melibatkan warganya baru-baru ini.
6. Pesawat terhempas di Klang: 'Punca kematian disah akibat pelbagai kecederaan' - Polis
Proses bedah siasat dua mangsa nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda, Kapar, selesai pada jam 12.15 tengah hari tadi di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
7. Kes 1MDB: Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib - Saksi
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low pernah menyatakan beliau mempunyai bukti yang menunjukkan segala tindakan dilakukannya adalah mengikut permintaan, kehendak dan dalam pengetahuan Datuk Seri Najib Tun Razak.
8. Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo
Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.
9. Gagal dapat wang punca lelaki pukul ibu, ancam letup tong LPG - Polis
Lelaki yang ditahan kerana bertindak agresif memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Jalan Gangsa, pada Selasa didapati bertindak sedemikian berikutan gagal mendapatkan wang daripada warga emas itu.
10. Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia menolak untuk menerima panggilan video daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sebaliknya hanya membenarkan panggilan biasa sahaja.
Astro Awani
Wed Feb 14 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Februari 2024.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.