Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 16, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Februari 2024.
1. LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan cukai sebanyak RM183.3 bilion pada tahun 2023, peningkatan RM7.8 bilion atau 4.49% berbanding tahun sebelumnya.
2. Tiga bulan beras tempatan tiada di pasaran
Beberapa jenama beras putih tempatan (SST) sudah tiga bulan tidak memasuki premis pasar raya sehinggakan pelanggan terpaksa membeli beras putih import (SSI) dengan harga lebih mahal.
3. Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Seorang wanita dipercayai warganegara Indonesia meninggalkan bayi perempuan berusia tiga hari kepada rakan senegaranya di Kampung Wadi Hana di sini pada 5 Januari lalu sebelum menghilangkan diri.
4. Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL - PM Anwar
Kerajaan dijangka memuktamadkan harga kawalan beras dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) minggu hadapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. Tindakan hapus rasuah bukan kerana dendam lama - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah dan penyelewengan.
6. Lee Zii Jia alami masalah pernafasan
Ketiadaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024, kerana berdepan masalah pernafasan, menurut Team LZJ.
7. 1MDB: Pertuduhan terhadap Najib tidak cacat - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak cacat.
8. KDN sedia adakan libat urus dengan Ahli Parlimen berkenaan pindaan POCA - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri bersedia untuk mengadakan sesi libat urus dengan semua Ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
9. Bekas pensyarah berputih mata, lebih RM1.4 juta lesap ditipu 'pegawai NSRC'
Seorang bekas pensyarah kerugian lebih RM1.4 juta setelah terperdaya taktik penyamaran sindiket penipuan kewangan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
10. Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti
Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad akan menasihatkan bekas Perdana Menteri itu agar tidak menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (RCI Batu Puteh) sekiranya pengerusi suruhanjaya itu tidak diganti.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI