awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2024
15:54 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
1. Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hari ini kerajaan kukuh mempertahankan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.
2. Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Tun Dr Mahathir Mohamad kini masih dirawat di Institut Jantung Negara, kata jurucakap bekas perdana menteri itu yang menjelaskan, pada ketika ini, beliau masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.
3. Kod Etika Wartawan tidak akan sekat kebebasan bersuara media - Fahmi
Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini tidak akan mengongkong dan menyekat kebebasan bersuara media, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
4. Rafizi nafi sistem PADU digodam
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan sistem Pangkalan Data Pusat (PADU) digodam seperti didakwa sebuah forum dalam talian.
5. GOLD 1 milik Agong
Nombor plat kenderaan keluaran khas GOLD 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan nilai bidaan tertinggi dalam sejarah negara iaitu RM1.5 juta.
6. PKR rombak kepimpinan di enam negeri
Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan rombakan terhadap Majlis Pimpinan Negeri di enam negeri berkuat kuasa serta-merta.
7. Prestasi ringgit bukan cerminan prospek ekonomi Malaysia masa depan - Gabenor BNM
Prestasi ringgit ketika ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan, kata Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
8. Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan sekolah vernakular berperlembagaan
Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal dalam permohonan untuk mengisytiharkan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak berperlembagaan.
9. Pengunjung Zoo Melaka sanggup beratur lebih dua jam untuk masuk percuma
Orang ramai mula beratur di Zoo Melaka seawal 7 pagi selepas kerajaan negeri menawarkan kemasukan percuma ke destinasi pelancongan itu sempena cuti umum Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu hari ini.
10. Pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak rakus, angkuh, gelojoh macam pegawai penjajah - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak bersikap rakus, angkuh dan gelojoh sebagaimana pegawai-pegawai dari negara penjajah suatu masa dahulu.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita utama
#berita tumpuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan