awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi nafi sistem PADU digodam

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2024
05:35 MYT
Rafizi nafi sistem PADU digodam
Rafizi berkata, portal tersebut perlu mencari sumber yang sahih dan bukan menyebarkan maklumat salah. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan sistem Pangkalan Data Pusat (PADU) digodam seperti didakwa sebuah forum dalam talian.
Ia susulan kumpulan penggodam yang dikenali sebagai R00TK1T mendakwa telah mencuri data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menurutnya, portal tersebut perlu mencari sumber yang sahih dan bukan menyebarkan maklumat salah.
"Terima kasih kerana tidak menyemak fakta terlebih dulu.
“Sekurang-kurangnya anda patut hubungi @paduofficial_ untuk pengesahan,” katanya dalam hantaran di X pada Isnin.
Sebelum ini, R00TK1T akan mendedahkan data pengguna di Malaysia berjaya dicuri oleh mereka dan memberikan tempoh 12 jam kepada pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan mengenai kerentanan data yang berlaku.
Thanks @LowyatNET for NOT FACT CHECKING first that PADU is a sub-unit of LPPKN, not @paduofficial_ Pangkalan Data Utama. The least you could do is to DM @paduofficial_ to confirm before happily spreading misinformation. https://t.co/xjPBvxxY1y
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) February 19, 2024
Bagaimanapun, pihak LPPKN masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kesahihan dakwaan pangkalan data mereka telah berjaya ditembus oleh penggodam.
Pada 2 Januari lalu, PADU telah dilancarkan sebagai langkah memastikan penyampaian bagi mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi yang selama ini dinikmati golongan tidak selayaknya.
Pengenalan sistem itu adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#godam
#PADU
#R00TK1T
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan