Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 5, 2024 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Mac 2024.
1. Helikopter APMM dilapor terhempas di Kuala Selangor
Sebuah helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilaporkan terhempas di Kuala Selangor, kira-kira 5 batu nautika berhampiran Pulau Angsa, Klang pagi tadi.
2. Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan belum bercadang untuk kembali melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana penggunaanya bersifat luas dan bukan masa sesuai memperkenalkan semula.
3. Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful
Kerajaan berhasrat menggantung Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN - Tasek Gelugor) selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin korup dan menyalahgunakan kuasa.
4. Rakyat tercari-cari Anwar Ibrahim yang dulu - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan kebimbangan dengan situasi ekonomi negara yang kian meruncing dan masalah kos sara hidup dibebani rakyat yang berlarutan.
5. Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024
Maybank memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan akan berlaku pada 9 Mac 2024 (Sabtu). Ini disebabkan oleh terdapat penyelenggaraan sistem berjadual akan dilakukan pada hari tersebut.
6. Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah memfailkan permohonan bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
7. Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan beliau di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, di sini petang tadi.
8. Pempengaruh dinasihati ajak masyarakat ke arah kebaikan khususnya agama - Mohd Na'im
Personaliti media sosial dinasihatkan untuk menggunakan pengaruh mereka ke aras kebaikan dan mengelakkan tindakan yang boleh membawa prejudis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
9. Fantasi 'Darkside' media sosial, demi wang ringgit sanggup gadai moral
Akaun Darkside atau lebih dikenali sebagai Akaun DS di media sosial merupakan satu kaedah persundalan dan penjualan aktiviti seksual di media sosial.
10. Rafizi tolak dakwaan integriti data PADU
Dakwaan jumlah pendaftaran dan kemas kini maklumat yang rendah dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) disebabkan isu integriti data adalah tidak tepat, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI