Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 16, 2024 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Mac 2024.
1. Gaji RM10,000 ditawar untuk tenaga pengajar al-Quran di media sosial
Dalam meninggikan syiar Islam, madrasah pengajian Islam digital, BeDaie menawarkan gaji sehingga RM10,000 kepada 10 orang ustaz serta ustazah yang berkebolehan mengajar al-Quran dan ilmu agama di platform media sosial.
2. Setiap kali Ramadan kuih piana ‘muncul’ menjadi buah mulut orang Gua Musang
Juadah moden tidak mengancam kedudukan kuih tradisi seperti kuih piana apabila sehingga kini masih mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai untuk dinikmati di bulan Ramadan.
3. PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahun lepas, setelah sebuah syarikat robotik moden menyatakan kesediaan untuk meneruskan pencarian pesawat itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
4. Google terbit data tidak tepat, BNM nafi kadar pertukaran ringgit 4.98
Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit 4.98 berbanding dolar Amerika Syarikat, yang sedang tersebar menerusi media sosial.
5. Kehilangan Siti Dhia: Polis rakam keterangan lima individu
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua yang dipanggil merupakan ahli keluarga dan beberapa rakan Siti Dhia Batrisyia.
6. Stoking tertera kalimah Allah, ini penjelasan KK Super Mart
Penjualan stoking berjenama MiranoSock yang tertera kalimah Allah SWT di beberapa kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd adalah produk konsainan oleh pihak vendor.
7. Pokok Sena di Kedah catat gelombang haba - MetMalaysia
MetMalaysia dalam kenyataan menerusi laman Facebook memaklumkan, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
8. Kerajaan minta penjelasan Google berhubung data kadar pertukaran ringgit tidak tepat - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour telah menghubungi pihak Google mengenai perkara itu.
9. Doktor pelatih dakwa terima gangguan seksual diminta buat laporan polis
Doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang mendakwa menerima ugutan dan diganggu secara seksual oleh seorang doktor diminta segera tampil membuat laporan polis.
10. Remaja diculik, dipukul sekumpulan lelaki
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa berusia 17 tahun mengalami pendarahan di telinga kiri serta lebam di beberapa anggota badan termasuk pipi, leher, bahu dan bahagian belakang.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI