awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok Sena di Kedah catat gelombang haba - MetMalaysia

Bernama
Bernama
16/03/2024
14:11 MYT
Pokok Sena di Kedah catat gelombang haba - MetMalaysia
Tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4.30 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan menerusi laman Facebook memaklumkan, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Menurut kenyataan itu, suhu panas tahap berjaga-jaga atau tahap satu turut direkod di 17 kawasan Semenanjung iaitu seluruh Perlis; Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar di Kedah serta Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.
Di Pahang melibatkan kawasan Raub, Temerloh dan Bera manakala Hulu Selangor di Selangor dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga pula merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
MetMalaysia sebelum ini memaklumkan Malaysia berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang secara lazim menyaksikan kawasan utara Semenanjung mengalami litupan awan dan taburan hujan yang kurang selain menyebabkan cuaca lebih panas serta kering berbanding kebiasaan.
Selain itu, berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, MetMalaysia turut menjangkakan suhu maksimum harian di negara ini boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat.
-- BERNAMA
Dapatkan tips menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#pokok sena
#gelombang haba
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan