Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 23, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Mac 2024.
1. Polis cari pemandu Ford Ranger parkir kereta tepi jalan halang laluan
Polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang sengaja meletakkan kenderaan di lorong kiri Jalan Persiaran Tropicana, Petaling Jaya tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain.
2. Tak patuh manual prosedur punca sijil halal Alagappa Flour Mills ditarik - Jakim
Penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi Syarikat Alagappa Flour Mills Sdn Bhd disebabkan ketidakpatuhan pihak syarikat terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.
3. Tidak perlulah sampai ke tahap 'gam' artis - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan akan meneliti beberapa aspek sebelum memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap artis bermasalah.
4. Subsidi minyak petrol ditarik sebelum Aidilfitri hanya khabar angin - Rafizi
Katanya, apa sahaja keputusan berkaitan pemberian subisidi akan diperjelaskan kepada rakyat dan tidak akan dibuat dengan tergesa-gesa.
5. Cuaca panas: KKM nasihat aktiviti luar kelas ditangguh sementara
KKM menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu iaitu keadaan suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius.
6. "Perpaduan rakyat hadiah paling bermakna" - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah perpaduan rakyat berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat baginda sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.
7. Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Pempengaruh media sosial, Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
8. Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Siasatan polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca perselisihan faham antara pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu di sini hingga mengakibatkan kematian Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, semalam.
9. Bantuan 'air drop' jalan terakhir, laksana gencatan senjata - Pengarah KHOM
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekali lagi menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat dibawa masuk dan disampaikan dengan lebih efisien ke Gaza, sekali gus menghentikan pembunuhan rakyat Palestin.
10. 35,000 pengunjung tempatan, luar negara disasar sertai Iftar@KL 2024
Sebanyak 35,000 pengunjung tempatan dan luar negara disasar menyertai program Iftar@KL 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Dataran Merdeka sepanjang enam hari penganjurannya.
#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita Malaysia