awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis

Bernama
Bernama
23/03/2024
12:55 MYT
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Polis berkata, dua pelajar kolej itu masing-masing kehilangan wang dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham.
LAHAD DATU: Siasatan polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca perselisihan faham antara pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu di sini hingga mengakibatkan kematian Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata ia berikutan dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham itu.
"Mangsa kemudian dipukul hingga mati. Bagaimanapun polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Semalam dilaporkan Nazmie Aizzat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik asrama di Kolej Vokasional pada 6.50 pagi, dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan
Sementara itu, Rohan Shah berkata 13 pelajar lelaki kolej vokasional tersebut berumur antara 16 hingga 19 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut semalam, telah direman enam hari seperti dibenarkan Mahkamah Majistret di sini hari ini.
"Polis turut merampas 12 telefon pintar milik suspek bagi membantu siasatan dan kesemua suspek didapati bebas penyalahgunaan dadah," katanya.
Beliau berkata polis turut mengambil keterangan 12 saksi bebas terdiri daripada empat warden asrama, pengawal keselamatan serta beberapa pelajar kolej terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar maut
#asrama
#kolej vokasional lahad datu
#polis
#selisih faham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan