Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 8, 2024 15:55 MYT
April 8, 2024 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 April 2024.
Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika operasi rondaan Op Khas Pagar Laut dijalankan di perairan Kunak pada 8.30 pagi semalam.
Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, pengusaha hotel kucing turut tidak menang tangan menerima tempahan.
Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, dijangka akan dituduh di mahkamah minggu ini.
Pengasasnya Datuk Seri Ng Chuan Hoo atau dikenali sebagai Ah Foo hadir memberi keterangan hampir sejam kepada pegawai Jakim bermula pukul 11 pagi tadi.
Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, selamat menjalani pembedahan di Hospital Tawau dan dalam keadaan stabil.
Sepasang suami isteri yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel bulan lepas, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang berkaitan dengan pemilikan senjata api berkenaan.
Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Ahad.
Niat asal untuk memeriksa sebuah bot yang kelihatan ‘tersadai’ di perairan Kampung Pangi, Kunak sekali gus mahu menawarkan bantuan jika bot itu mengalami kerosakan, menjadi situasi cemas apabila dibalas dengan empat tembakan dari tekong bot.
Tesla Malaysia kini berkongsi menyatakan Tesla Cybertruck akan dipertontonkan kepada umum tidak lama lagi – mungkin sekitar bulan Mei kelak.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 14 Mei untuk mendengar permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamad Apandi Ali untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman RM10 jutanya terhadap Tan Sri Lim Kit Siang.