awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Israel miliki enam senjata api dijangka dihadap ke mahkamah minggu ini - KPN

Bernama
Bernama
08/04/2024
04:15 MYT
Lelaki Israel miliki enam senjata api dijangka dihadap ke mahkamah minggu ini - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata buat masa ini pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengumpul maklumat. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, dijangka akan dituduh di mahkamah minggu ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata buat masa ini pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengumpul maklumat.
"Kita (polis) juga menyiasat untuk mendapatkan motif sebenar lelaki itu memiliki enam senjata api. Jadi, mungkin dalam minggu ini juga pertuduhan ke atas warganegara Israel tersebut akan dibuat...mungkin lepas raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Sementara itu menurutnya pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun yang ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac kerana disyaki menjual senjata api kepada suspek itu pula bakal dituduh di Kompleks Mahkamah Klang pagi ini.
Terdahulu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) 1 Datuk Mohd Nasri Omar diberi tanggungjawab memangku jawatan Pengarah JSPT, mengambil alih tempat Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang bersara wajib hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga israel
#ditahan bersama enam pucuk pistol
#bakal dituduh
#KPN
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan