ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.


1. KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura

Dr Dzulkefly berkata KKM akan terus memantau keadaan tersebut sementara memberi jaminan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.



2. Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel

Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.


3. Kerajaan Johor kutuk keganasan, ekstremisme

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri berdiri teguh bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menentang apa juga ekstremisme.


4. PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.


5. Aktivis teater Rosminah Tahir meninggal dunia

Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.


6. Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.


7. Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024

IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.


8. Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.


9. Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama

Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.


10. DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh

DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.