awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis teater Rosminah Tahir meninggal dunia

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
19/05/2024
11:28 MYT
Aktivis teater Rosminah Tahir meninggal dunia
Difahamkan, jenazah Rosminah juga akan dibawa ke pulang ke kampung halaman Allahyarham di Muar, Johor untuk dikebumikan.
KUALA LUMPUR : Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
Allahyarham Rosminah yang berusia sekitar awal 60-an baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran pada 13 Mei lalu.
Bagaimanapun, punca kematian bekas Ketua Jabatan Teater Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA) itu belum dipastikan lagi.
Antara rakan penggiat seni yang berkongsi khabar pemergian Allahyarham ialah aktor veteran seperti Fauziah Nawi dan Zulkifli Ismail yang memuat naik hantaran di akaun Facebook masing-masing.
Turut berduka cita atas pemergian Allahyarham adalah komuniti, alumni teater dan rakan media, yang antara lain menyifatkan Allahyarham Rosminah sebagai sosok ibu penyayang, pembimbing dan guru yang banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada mereka.
al-fatihah pensyarah skrip teater saya. ajarannya sangat cermat. kalau tak berapa tepat cerita kita, dia jelaskan sampai faham all your "macam mana ek Aliff?" atau "nanti hantar dekat saya ya Aliff," will be missed. berat saya nak digest ni. selamat rehat Cik Rosminah Tahir. pic.twitter.com/vHNh4wALkN
— stream #RUTIN kat Youtube! (@aliff_awan) May 19, 2024
Banyak teater arahan Allahyarham Rosminah yang mendapat sambutan luar biasa antaranya teater Anugerah pada 1996, Lantai T Pinkie (1997), dan Malam Haram.
Astro AWANI difahamkan jenazah Allahyarham Rosminah kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
Jenazah Rosminah juga akan dibawa ke pulang ke kampung halaman Allahyarham di Muar, Johor untuk dikebumikan.
Terdahulu, ramai selebriti serta penggiat teater berada di kediaman Rosminah sekitar pukul 5.30 petang sebaik mendapat berita pemergian Allahyarham.
Antara mereka ialah Datuk M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa; pelakon dan pengacara Sherry Al Hadad serta pegawai-pegawai kanan ASWARA.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#rosminah tahir
#aktivis teater
#meninggal dunia
#Aswara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan