awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2024
15:56 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 September 2024.
1. Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
2. ‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar segelintir pihak yang membuat tuduhan liar ke atas dirinya yang dilihat tidak berkesudahan.
3. Malaysia kutuk tindakan 14 negara menentang Resolusi Palestin - Mohamad
Malaysia mengutuk tindakan 14 negara yang bertindak menentang Resolusi ES-10/24 yang dibentangkan oleh Palestin pada 18 September lalu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79.
4. Lebih 83,000 pelajar bakal terima manfaat Program Anak Kita - Fadhlina
Secara rasminya dilancarkan pada 27 September 2024, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seramai 83,752 pelajar dan 3,458 sekolah dijangka mendapat manfaat daripada Program Anak Kita.
5. MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima permohonan ampun sebagaimana yang dititahkan baginda, semalam.
6. Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Kerajaan Sarawak mengukuhkan kedudukannya dalam Affin Bank Berhad apabila meningkatkan pegangan sahamnya enam kali ganda daripada 4.81 peratus kepada 31.25 peratus pada Jumaat.
7. GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM
Pengendalian siasatan terkait kegiatan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd akan dijalankan dengan telus, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 8. 'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS Ibu bapa perlu proaktif dan mengambil tanggungjawab dalam mendidik anak-anak serta memelihara mereka daripada sebarang pengaruh buruk. 9. Polis jejak transaksi, aset GISB - KPN Polis sedang menjejaki transaksi kewangan dan aset milik Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd dalam negara, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. 10. Tiga bapa saudara dihukum penjara, sebat lakukan amang seksual, rogol anak saudara Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 29 tahun dan 11 sebatan ke atas seorang penganggur, kerana melakukan amang seksual fizikal dan merogol anak saudaranya berusia 11 tahun, enam tahun lepas.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan