awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/09/2024
10:05 MYT
GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM
Perdana Menteri memohon kepada ahli dan para pendukung GISB dalam dan luar negara yang tidak disiasat untuk menghubungi pihak berkuasa. - Gambar fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Pengendalian siasatan terkait kegiatan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd akan dijalankan dengan telus, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, Kerajaan sendiri memberi jaminan terhadap perkara tersebut, termasuk soal kebajikan mangsa yang diselamatkan dalam Op Global yang dijalankan pihak berkuasa.
“Ini termasuk memastikan 542 orang kanak-kanak di bawah 18 tahun ditempatkan di Penempatan Perlindungan Sementara diberikan akses kebajikan, kaunseling, kerohanian dan pendidikan bagi suatu tempoh sehingga selesai siasatan oleh pihak PDRM, Jabatan Agama Islam serta Majlis Agama Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya lagi.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, beliau memohon kepada ahli dan para pendukung dalam dan luar negara yang bukan berada di bawah siasatan untuk menghubungi pihak berkuasa.
Kesediaan mereka untuk memberi kerjasama, tambahnya lagi, diyakini dapat membantu pihak berkuasa untuk menangani masalah yang dihadapi golongan berkenaan.
Pada 11 Sept lepas, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISB.
Syarikat tersebut didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.
Fasa keempat Op Global yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia yang bermula 21 September lepas turut menemukan beberapa risalah yang mengandungi elemen bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat.
Topic Berkaitan
#GISB Holdings
#Global Ikhwan Services and Business
#Anwar Ibrahim
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan