awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/09/2024
03:40 MYT
Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun. -Astro AWANI/Shahir Omar
KLANG: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Ringkasan AI
  • Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
  • Hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan, berjalan secara berasingan, serta kaunseling dan pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman.
  • Kejadian berlaku di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Keputusan itu dibuat Hakim Noridah Adam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagi pertuduhan pertama hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan, manakala pertuduhan kedua jumlah penjara sama dan satu sebatan, yang mana hukuman itu berjalan secara berasingan.
Tertuduh juga diperintah menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman.
Sebelum ini, Azman Syah diperintah membela diri pada Disember tahun lalu atas dua pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ayuni Jamri, Nurul Izzati Mohamad dan Zahida Zakaria manakala Azman diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad.
Azman Syah masih berhadapan sembilan lagi pertuduhan lain termasuk lima di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#amang seksual
#Azman Syah Alias
#PU Azman
#pendakwah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan