awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2024
15:57 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 November 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 November 2024.
1. Hanya mimpi nabi dan rasul dianggap mimpi benar, boleh dijadikan sumber hukum - Nooh Gadot
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Nooh Gadut menjelaskan, hanya mimpi para nabi dan rasul dianggap mimpi yang benar dan boleh dijadikan sumber hukum serta hujah syarak.
2. 5G Kedua: U Mobile lalui proses tender, bukan ‘direct award’ - Fahmi
Pemilihan syarikat U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) sebagai penyedia Rangkaian 5G Kedua Malaysia dilakukan melalui proses tender, bukannya secara penganugerahan terus.
3. Sejarawan Zainal Kling meninggal dunia
Pakar sejarah negara yang juga bekas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.30 pagi ini.
4. Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
5. Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak
Suspek berusia 32 tahun telah menikam wanita berusia 30 tahun dan bapanya berusia 62 tahun di hadapan lif tingkat bawah sebuah apartmen.
6. Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Genting Highlands pada 6 hingga 8 Nov ini, seperti yang tular di media sosial pada Rabu.
7. Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Sebuah kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada petang Khamis.
8. Op Favish: Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
SPRM telah mengesan beberapa transaksi mencurigakan sewaktu menyemak dokumen-dokumen yang diperolehi, susulan siasatan terhadap syarikat FashionValet dan 30 Maple Sdn.Bhd.
9. Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
Serangan Israel di bandar Sidon, Lubnan pada Khamis mengorbankan tiga orang awam warga tempatan, selain mencederakan tiga tentera negara Lubnan serta empat anggota pasukan UNIFIL dari Malaysia.
10. Kes kehilangan beg berisi RM1 juta, polis tahan dua pengawal keselamatan
Polis menahan dua pengawal keselamatan bagi membantu siasatan kes beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan dilakukan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, pada Rabu.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan