MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Situasi banjir di seluruh negara terus memburuk terutama di Kelantan sehingga awal pagi ini.
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Sebuah bas ekspres yang menuju ke Pulau Pinang ditinggalkan begitu sahaja oleh pemandunya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini malam tadi, ketika pihak berkuasa sedang menjalankan Ops Bersepadu ke atas kenderaan perdagangan di kawasan berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua menteri dan timbalan menteri turut diarahkan untuk turun padang ke kawasan bencana.
5. Beras putih import turun harga berkuat kuasa 1 Disember
5. Beras putih import turun harga berkuat kuasa 1 Disember
Bernas bersetuju untuk menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan metrik kepada RM2,800 per tan metrik.
Mohd Asri mendakwa GISB telah menerbitkan pernyataan fitnah terhadap beliau melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasminya.
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 106,505 orang.
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami