MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Ogos 2025.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di Moscow, hari ini.
Peguam Hamid Ismail yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, mengesahkan bahawa rakaman suara berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan telefon antara remaja tersebut dan ibunya, Noraidah Lamat adalah tulen.
Pemilik dan pengasas Tanah Aina di Pahang, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri menerusi satu klip video berdurasi tujuh minit 28 saat yang dimuat naik di platform TikTok semalam.
Peguam kepada Datuk Amy Search sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada penyanyi, Shila Amzah susulan kontroversi tular bulan lalu yang membabitkan mereka.
Semua projek perumahan berskala besar di negara ini perlu dibangunkan mengikut prinsip MADANI, termasuk penyediaan kemudahan pendidikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyanyi terkenal dari Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dibebaskan hari ini selepas hampir sembilan bulan ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.
Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu c kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dilengkapkan sebelum mengambil tindakan lanjut.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan segera menyiasat kenyataan penafian Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata AGC telah terlibat secara aktif dalam pembaharuan badan kehakiman bagi meningkatkan kebebasan institusi itu dan meningkatkan kecekapan iaitu dua aspek penting untuk mengekalkan keyakinan rakyat.
Seorang penjenayah yang disyaki ketua geng samun rumah dan pusat perniagaan ditembak mati dalam Ops Api KL 3/2025 di Jalan Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini, menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fadil Marsus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami