Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.
RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas terjatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa sebelum digilis tren LRT, pada pagi Sabtu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam tadi.
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian anggota kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


