[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/03/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.


1. Ismail Sabri nafi tarik sokongan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sekeras-kerasnya telah menarik diri dari Kerajaan Perpaduan susulan dakwaan beliau bersama 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lain menarik sokongan seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.



2. PM Anwar rafak sembah tahniah Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Ahad.


3. Isu Pak Cik Petai: 'Tak adil salahkan PBT, mereka hanya buat kerja' - MB

"Kenapa perlu nasihat PBT (pihak berkuasa tempatan)? Jangan salahkan mereka yang hanya menjalankan kerja, tak adil semua perkara salahkan PBT."


4. Objek ditemui di Pantai Seberang Takir bukan torpedo, tapi alat marin RM1 juta - Polis

Polis mengesahkan penemuan objek besi berbentuk seumpama torpedo di Pantai Seberang Takir bukan bom sebenar.


5. Produk kecantikan seludup dari Thailand dijual mahal tanpa cukai, kelulusan KKM

Trend pempengaruh dan usahawan kosmetik membeli produk kecantikan dari Thailand tanpa cukai serta tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang semakin berleluasa, didorong oleh perbezaan harga yang ketara di pasaran tempatan.


6. Saravanan pertahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman wujud lebih 100 tahun

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan mempertahankan bahawa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India di Kuala Lumpur telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu dan tidak pernah dipindahkan seperti dakwaan pihak tertentu.


7. Dua set ETS tiba April depan, mula beroperasi menjelang Ogos - Anthony Loke

Dua set tren elektrik (ETS) yang dijangka tiba daripada pembekal di China pada April ini, akan mula beroperasi menjelang Ogos.


8. Op Selamat 24 bermula 29 Mac, hampir 7,000 pegawai dan anggota terlibat

Sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April ini.


9. Pengurusan hotel wakaf perlu jaga imej - Mohd Na'im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan pengurusan hotel yang diamanahkan mengendalikan empat hotel wakaf di bawah Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) agar menjaga imej pusat penginapan itu dengan baik.


10. Rakyat Malaysia pemurah, prihatin hulur sumbangan - Nancy

Rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai masyarakat yang pemurah dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada kumpulan sasar bagi meringankan beban mereka dalam menyambut perayaan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.













#berita pilihan #tempatan #Barisan Nasional #media sosial