awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Objek ditemui di Pantai Seberang Takir bukan torpedo, tapi alat marin RM1 juta - Polis

Bernama
Bernama
23/03/2025
06:20 MYT
Objek ditemui di Pantai Seberang Takir bukan torpedo, tapi alat marin RM1 juta - Polis
Pemeriksaan oleh unit pemusnah bom mendapati objek tersebut bebas daripada bahan radiasi berbahaya dan mempunyai banyak pendawaian. - Gambar/ Bernama
KUALA NERUS: Polis mengesahkan penemuan objek besi berbentuk seumpama torpedo di Pantai Seberang Takir, di sini bukan bom sebenar.

Ringkasan AI
  • Polis mengesahkan penemuan objek besi berbentuk torpedo di Pantai Seberang Takir bukan bom sebenar, tetapi alat kajian marin bernilai RM1 juta.
  • Pemeriksaan oleh unit pemusnah bom mendapati objek tersebut bebas daripada bahan radiasi berbahaya dan mempunyai banyak pendawaian.
  • Polis sedang mengesan pemilik objek yang dipercayai dihanyutkan ombak Monsun Timur Laut, dan dipercayai milik sebuah universiti tempatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 7.30 pagi tadi yang memaklumkan penemuan objek berbentuk seakan peluru berpandu sepanjang 2.7 meter.
Beliau berkata pemeriksaan oleh unit pemusnah bom di lokasi mendapati objek seberat 70 kilogram (kg) berbentuk torpedo yang mempunyai banyak pendawaian itu bukanlah bom seperti disangka, dan hasil ujian juga mendapati objek itu bebas daripada bahan radiasi berbahaya.
"Sebaliknya ia adalah alat kajian marin yang dianggar bernilai RM1 juta," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Azli berkata polis sedang mengesan pemilik objek tersebut yang dipercayai dihanyutkan ombak Monsun Timur Laut (MTL).
"Kita sedang mengesan pemilik objek berkenaan. Tiada tanda ia milik syarikat...kita percaya ia milik sebuah universiti tempatan," katanya.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penemuan bom
#Pantai Seberang Takir
#alat kajian marin
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan