awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia pemurah, prihatin hulur sumbangan - Nancy

Bernama
Bernama
23/03/2025
08:59 MYT
Rakyat Malaysia pemurah, prihatin hulur sumbangan - Nancy
Nancy berkata, semakin ramai organisasi dan individu tampil mendapatkan panduan daripada kementerian serta agensi berkaitan mengenai platform yang sesuai untuk menyalurkan sumbangan. - Bernama
KUCHING: Rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai masyarakat yang pemurah dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada kumpulan sasar bagi meringankan beban mereka dalam menyambut perayaan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata semakin ramai organisasi dan individu tampil mendapatkan panduan daripada kementerian serta agensi berkaitan mengenai platform yang sesuai untuk menyalurkan sumbangan mereka.
"Ada antara mereka yang bertanya bagaimana cara untuk membantu, jadi kami membantu dengan memberikan nama serta menghubungkan mereka kepada saluran yang tepat.
"Rakyat Malaysia memang pemurah, mereka mahu membantu kerana kumpulan sasar ini ramai dan berada di seluruh negara," katanya pada sidang media Program Sinar Syawal YKN 2025 di sini, hari ini.
Terdahulu, Nancy yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyantuni 150 kanak-kanak daripada kumpulan sasar di kawasan Parlimen Santubong dengan menyampaikan sumbangan pakaian raya baharu.
Selain itu, Alliance Islamic Bank Berhad selaku penaja program turut menghulurkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang terlibat.
"Semalam, program sama diadakan di Lundu melibatkan 50 kanak-kanak. Secara keseluruhannya, seramai 200 kanak-kanak dari sekitar Kuching menerima sumbangan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#pemurah
#sumbangan
#bantuan
#perayaan
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan