MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 12/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 April 2025.


1. Dua ustaz lawan peguam di Ayer Kuning

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PN dan PSM.



2. Pembersihan mega di Kampung Kuala Sungai Baru bermula

Ops Mega Pembersihan itu membabitkan lebih 1,400 petugas, termasuk sukarelawan dari pelbagai agensi.


3. Pantau projek sakit supaya selesai dalam tempoh ditetapkan - PM Anwar

Anwar juga berharap semoga kepedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Kelantan terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya.


4. Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR peringkat cabang hari ini

Sebilangan besar ahli memilih untuk mengundi secara dalam talian, dengan keputusan dijangka diumumkan malam ini.


5. Bangunan SMK Lahat terbakar

Deretan bilik darjah di tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Bandar Baru Lahat di Ipoh, terbakar dalam kejadian pada Sabtu.


6. Tiada kompromi terhadap rasuah, salah guna kuasa dalam kerajaan - PM Anwar

Beliau berkata kerajaan komited untuk memerangi perbuatan menyalah guna peruntukan kerajaan demi kepentingan peribadi, termasuk manipulasi tender serta penyelewengan dana pembangunan.


7. Karikatur sindiran cerminan politik tidak matang - Nga

Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming menyifatkan tindakan penyokong Perikatan Nasional (PN) menggunakan karikatur yang seolah-olah menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, sebagai tidak matang dan tidak wajar.


8. Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung Kejohanan Asia

Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkirkan juara bertahan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China untuk menempah slot ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 malam ini.


9. Hubungan antara kaum baik, saling menghormati - PM Anwar

Hubungan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini baik dan saling menghormati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. SRC rancang keluarkan 11 lagu Siti Nurhaliza yang belum dikomersialkan

SYARIKAT rakaman Suria Records (SRC) mendedahkan pihaknya masih memiliki kira-kira 11 lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang belum pernah dilancarkan.








#berita pilihan #tempatan #Barisan Nasional #Perikatan Nasional