awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung Kejohanan Asia

Bernama
Bernama
12/04/2025
13:51 MYT
Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung Kejohanan Asia
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkirkan juara bertahan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China untuk menempah slot ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkirkan juara bertahan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China untuk menempah slot ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 malam ini.
Pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China itu, gandingan keenam dunia berkenaan hanya mengambil masa 31 minit untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-12, 21-14, sekali gus memperbaiki pencapaian tahun lepas.
Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi bertenaga dan permainan kemas untuk mematikan langkah lawan yang juga pasangan nombor tiga dunia sehingga kerap melakukan kesilapan sendiri, yang menghadiahkan mata percuma kepada pasangan negara.
Prestasi cemerlang pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu juga adalah kesinambungan daripada persembahan hebat mereka pada aksi suku akhir semalam, apabila menewaskan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.
Menanti pasangan negara di pentas final esok adalah pemenang satu lagi aksi separuh akhir yang menemukan Chen Bo Yang-Liu Yi dari China dan Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia.
Kejayaan mara ke perlawanan akhir ini adalah yang kedua bagi Aaron-Wooi Yik selepas muncul naib juara pada edisi 2022, apabila tewas kepada Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan dari Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu lelaki negara
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#kejohanan badminton asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan