NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 April 2025.
1. DUN Perak gantung ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria enam bulan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria digantung enam bulan daripada menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, berkuat kuasa Rabu.
2. Sin Chew Daily mohon maaf isu ilustrasi Jalur Gemilang tiada bulan sabit
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu pada Selasa.
3. Presiden China, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara
Presiden China, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara pada Rabu sempena Lawatan Negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
4. Sultan Ibrahim zahir kepercayaan Malaysia dan China akan perkasa kerjasama
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kepercayaan yang Malaysia dan China akan terus memperkasa kerjasama bersama, meskipun wujud pelbagai jurang geopolitik seantero dunia.
5. Lebuh raya dinamakan sempena Tun Abdullah, bendera dikibar separuh tiang Jumaat ini
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang pada Rabu bersetuju menamakan Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta mengibarkan bendera negeri separuh tiang pada Jumaat ini sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri kelima itu.
6. Diplomasi sebatang pen: Bagaimana Tun Abdullah Ahmad Badawi 'pulihkan' hubungan China dan Jepun
Mungkinkah sebatang pen dapat meredakan hubungan dingin antara China dan Jepun sekarang? Ada yang mungkin bertanya bagaimana agaknya sebatang pen mampu berperanan memulihkan hubungan yang renggang antara dua negara itu.
7. Kesilapan papar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit tidak boleh diterima - Agong
Bendera adalah lambang kedaulatan negara yang tidak boleh dipersendakan. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, bendera bukan sekadar sehelai kain berwarna-warni tetapi ia mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.
8. Lawatan Xi: China terus jadi rakan dagang Malaysia paling signifikan - PM Anwar
China akan terus menjadi rakan dagang paling penting bagi Malaysia, dengan kehadirannya dirasai dalam setiap denyut pembangunan negara - daripada aliran barangan dan idea kepada transformasi tenaga, infrastruktur dan inovasi.
9. Lawatan Xi: Malaysia-China tandatangani 31 MoU, pertukaran nota dalam sektor strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping pada Rabu menyaksikan 31 memorandum persefahaman (MoU) dan pertukaran nota melibatkan kementerian dan agensi kedua-dua negara.
10. 'Esok hari penentu, mohon doa semua' - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan bagi kes rayuan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).