NATIONAL
Kesilapan papar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit tidak boleh diterima - Agong

Sultan Ibrahim bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk disiarkan. -Foto Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Bendera adalah lambang kedaulatan negara yang tidak boleh dipersendakan.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa bendera adalah lambang kedaulatan negara yang tidak boleh dipersendakan.
- Akhbar Sin Chew Daily memohon maaf atas kesilapan teknikal memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping.
- Sultan Ibrahim mengingatkan pihak pengurusan akhbar untuk lebih peka dan menyemak bahan siaran sebelum dicetak.
“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.
“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah Sultan Ibrahim menerusi kenyataan di Facebook.
Bagaimanapun, bendera Malaysia yang dipaparkan tidak mempunyai bulan sabit.
Dalam permohonan maaf yang diterbitkan pada Selasa, akhbar itu memohon maaf atas kesilapan teknikal dan membuat pembetulan dengan menerbitkan semula menerusi edisi cetakan pada Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami