awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Didakwa tidak hormat privasi, menteri turunkan gambar ziarah Abdul Hadi
DUNIA
Iran dan Israel lancar serangan baharu, Trump timbang penglibatan AS
DUNIA
Jepun rancang bawa keluar 90 rakyat dan ahli keluarga dari Iran melalui jalan darat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Lawatan Xi: Malaysia-China tandatangani 31 MoU, pertukaran nota dalam sektor strategik

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/04/2025
12:01 MYT
Lawatan Xi: Malaysia-China tandatangani 31 MoU, pertukaran nota dalam sektor strategik
Wang Yi turut memeterai perjanjian antara dua negara dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa dan urusan awam. - Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping pada Rabu menyaksikan 31 memorandum persefahaman (MoU) dan pertukaran nota melibatkan kementerian dan agensi kedua-dua negara.
Antara MoU yang menjadi tumpuan adalah antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya Wang Yi, yang turut menyentuh kerjasama dalam Inisiatif Keselamatan Global (GDI).
Kedua-dua menteri memeterai MoU dan pertukaran nota untuk memperkukuh kerjasama dan mempromosi pelaksanaan GDI, selain pertukaran nota untuk penubuhan Dialog Kerjasama Luar dan Pertahanan.
Dalam pada itu, Wang Yi turut memeterai perjanjian antara dua negara dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa dan urusan awam.
Sementara itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama rakan sejawatnya, Wang Wentao akan menandatangani MoU, antaranya untuk meningkatkan kerjasama dalam perkhidmatan dan perdagangan; serta menaik taraf ‘Two Countries, Twin Parks’ (Malaysia–China Kuantan Industrial Park dan China–Malaysia Qinzhou Industrial Park).
Selain itu mereka juga menandatangani MoU untuk mengukuhkan kerjasama dalam penyeragaman.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pula menandatangani MoU dengan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing tentang pengukuhan kerjasama dalam sektor laluan rel.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pula menandatangani MoU dengan Presiden dan Ketua Pengarang China Media Group (CMG) Shen Hai berkaitan pengukuhan kerjasama dalam sektor media dan maklumat.
Awal hari ini, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula Selasa atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim berkenan menyambut ketibaan Xi pada 10.30 pagi.
Turut hadir selain Perdana Menteri, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri-Menteri Kabinet.
Xi bersama delegasi turut diraikan serta diberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara dengan keberangkatan bersama Yang di-Pertuan Agong di Dewan Santapan Utama.
Lawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
Wisma Putra dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, Xi yang diiringi Menteri-Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Anwar petang ini, untuk membincangkan kerjasama dua hala serta saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Topic Berkaitan
#Xi Jinping
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami