[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 April 2025.
1. Banjir kilat: Kolam tadahan pecah, 35 rumah di Saujana Utama terjejas
Banjir berkedalaman kira-kira satu kaki itu menjejaskan anggaran 35 buah rumah namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.
2. 80 buah rumah terjejas akibat banjir kilat di Sungai Buloh
Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.31 pagi.
3. Nicol David hadiri Laureus World Sports Awards 2024 dengan penuh bergaya!
Datuk Nicol Ann David, menghadiri Laureus World Sports Awards 2024 bagi meraikan kejayaan atlet ternama dunia atas pencapaian mereka.
4. KPDN, Jakim kerjasama keluarkan produk Indonesia ada DNA babi di pasaran
Jakim telah mengarahkan pengimport menarik balik produk terbabit, berdasarkan pemantauan bersama BPJPH dan BPOM Indonesia yang mengesahkan kehadiran DNA babi.

5. Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan - Pegawai penyiasat
Tiada keterangan daripada 27 saksi pendakwaan menunjukkan ibu bapa Zayn Rayyan mengabaikannya, dengan laporan perubatan juga tidak menyatakan sebarang penderaan terhadap kanak-kanak itu.
6. 'Isteri Edika Yusof ada 10 sebab mahu bercerai' - Peguam
Peguam Syarie yang mewakili isteri kepada pelaon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri memaklumkan tarikh sebutan semula kes permohonan cerai telah ditetapkan pada 5 Mei depan.
7. Astro AWANI sekali lagi menang Kategori Penggunaan AI Terbaik Asia
Inisiatif Kewartawan AI di Astro AWANI sekali lagi meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dinobat pemenang Anugerah Digital Media Asia 2025 untuk kategori “Penggunaan AI Terbaik Dalam Bilik Berita” pada Anugerah Digital Media Asia 2025 anjuran World Association of News Publishers (WAN-IFRA).
8. CUEPACS gesa kerajaan kaji semula pelaksanaan skim MySTEP kepada pegawai pemantau harga
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan semula pelaksanaan skim MySTEP kepada pegawai pemantau harga (PPH), yang berkhidmat di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
9. Pemain Malaysia tarik diri bertemu Manchester United
DUA daripada tiga pemain Malaysia difahamkan membuat keputusan tidak menyertai pasukan ASEAN All-Stars bagi aksi menentang Manchester United.
10. Kolaborasi empat figura hebat, konsert keluarga pertama di Malaysia
Empat figura industri muzik tanah air daripada generasi berbeza akan bekerjasama buat julung kalinya dalam sebuah konsert bersama.
#berita pilihan #tempatan #cuepacs #kos sara hidup