awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI sekali lagi menang Kategori Penggunaan AI Terbaik Asia

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
23/04/2025
14:00 MYT
Astro AWANI sekali lagi menang Kategori Penggunaan AI Terbaik Asia
Anugerah Digital Media Asia oleh WAN-IFRA merupakan antara pengiktirafan tertinggi dalam industri media digital serantau. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Inisiatif Kewartawan AI di Astro AWANI sekali lagi meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dinobat pemenang Anugerah Digital Media Asia 2025 untuk kategori “Penggunaan AI Terbaik Dalam Bilik Berita” pada Anugerah Digital Media Asia 2025 anjuran World Association of News Publishers (WAN-IFRA).
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Astro AWANI menang kategori berkenaan.
Kemenangan itu meletakkan Astro AWANI dalam radar global sebagai antara bilik berita yang paling berjaya mengintegrasikan teknologi AI dalam ekosistem media di Malaysia dan Asia.
“Dalam era AI ini, kami memperteguh iltizam untuk terus berkhidmat kepada audiens dengan berpegang teguh kepada prinsip bahawa kewartawanan dan teknologi mampu bergandingan secara harmoni dengan nilai integriti, demi memacu inovasi dan memperkukuh tanggungjawab bersama,” jelas Ketua Pengarang Astro AWANI Ashwad Ismail.
Dengan kejayaan ini, Astro AWANI bukan sahaja memperkukuh kedudukannya sebagai jenama berita paling dipercayai di Malaysia, malah membuktikan bahawa inovasi tempatan mampu bersaing dan diiktiraf di pentas dunia.
Anugerah Digital Media Asia oleh WAN-IFRA merupakan antara pengiktirafan tertinggi dalam industri media digital serantau.
Ia memberi tumpuan kepada pencapaian luar biasa dalam penggunaan teknologi, inovasi kandungan dan strategi pertumbuhan digital.
Topic Berkaitan
#integriti
#pengiktirafan tertinggi
#inovasi kandungan
#WAN-IFRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan