MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 26/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.


1. RUU Pembaharuan Bandar: KPKT anjur lawatan khas Ahli Parlimen termasuk ke flat uzur

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan satu lawatan kajian khas di Kuala Lumpur pada 29 April ini bagi meningkatkan kesedaran Ahli Parlimen terhadap kepentingan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar.



2. MITI siasat isu ciplak rekaan Pavilion Malaysia

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sedang menyiasat dakwaan bahawa konsep reka bentuk Pavilion Malaysia untuk Ekspo Dunia 2025 di Osaka telah digunakan tanpa kebenaran.


3. Malaysia berusaha kekalkan hubungan baik dengan AS - Amir Hamzah

Malaysia akan terus berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.


4. Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuktamad Jun - Dzulkefly

Isu kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya Jun 2025, dengan jawatankuasa di peringkat akhir perbincangan.

5. 285 jemaah Malaysia pertama tiba di Madinah pada 29 April

Tabung Haji (TH) telah menerima 70 petugas baharu bagi menguruskan jemaah, yang akan ditempatkan di tiga lokasi penginapan dalam dua zon utama.


6. SPRM terima tiga kenderaan khas bagi kegunaan pasukan taktikal ACTS

Dua unit Weststar Maxus V80 dan satu unit Toyota Hiace diserahkan kepada Pasukan Taktikal SPRM (ACTS) untuk meningkatkan keupayaan membanteras rasuah.


7. Pemain perlu bersatu untuk cemerlang di Piala Sudirman 2025 - Hannah Yeoh

Kerjasama sepasukan merupakan elemen penting dalam mengangkat martabat skuad negara ke tahap lebih tinggi sekali gus menjadi kunci kejayaan pada saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China.


8. Keganasan di Palestin: MAPIM utus surat kepada tiga kuasa besar dunia

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menghantar surat kepada tiga pemimpin kuasa besar dunia iaitu China, Rusia dan India minggu lepas berhubung nasib rakyat Palestin.


9. Umat Islam diminta "tabayyun" terhadap pakej haji tidak munasabah - Na'im

Umat Islam diminta bersikap "tabayyun", iaitu menyelidik atau menyiasat sesuatu pakej haji dirasakan tidak munasabah yang ditawarkan bagi mengelak ditipu menjelang musim haji tidak lama lagi.


10. PRK Ayer Kuning: BN menang besar, majoriti 5,006 undi

Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir menang PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


#berita pilihan #tempatan #SPRM