awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM terima tiga kenderaan khas bagi kegunaan pasukan taktikal ACTS

Bernama
Bernama
26/04/2025
09:16 MYT
SPRM terima tiga kenderaan khas bagi kegunaan pasukan taktikal ACTS
SPV ini dilengkapi dengan sistem terkini yang sesuai dengan keperluan operasi taktikal ACTS. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tiga unit kenderaan baharu bagi kegunaan Pasukan Taktikal SPRM (ACTS) selaras usaha memantapkan keupayaan unit berkenaan dalam membanteras jenayah rasuah.

Ringkasan AI
  • Dua unit Weststar Maxus V80 dan satu unit Toyota Hiace diserahkan kepada Pasukan Taktikal SPRM (ACTS) untuk meningkatkan keupayaan membanteras rasuah.
  • SPV ini dilengkapi dengan sistem terkini yang sesuai dengan keperluan operasi taktikal ACTS.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menyempurnakan majlis serta menyerahkan sijil pentauliahan kepada 15 pegawai yang berjaya menamatkan Kursus ASOT.

SPRM dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi hari ini memaklumkan kenderaan tujuan khas (SPV) itu melibatkan dua unit daripada jenama Weststar Maxus V80 dan sebuah Toyota Hiace.
"Kenderaan SPV itu telah diubah suai dengan kelengkapan sistem terkini, sesuai dengan keperluan Pasukan Taktikal ACTS dalam pelaksanaan tugasan operasi semasa," menurut kenyataan itu.
Majlis penerimaan disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.
Pada majlis sama, Azam turut menyerahkan sijil pentauliahan pegawai ACTS SPRM kepada 15 pegawai yang telah menghadiri Kursus Advance Special Operations Training (ASOT).
Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Junipah Wandi dan Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Zuhairie Abu Bakar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#Pasukan Taktikal SPRM
#kenderaan baharu
#ACTS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan