MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Mei 2025.
1. Suami wanita maut tercampak dari van di KESAS ditahan - Polis
Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut antara mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
2. Tupai King 'dilahirkan' di Pulau Pinang, kini durian bangsawan
Harganya juga meningkat sehingga RM130 sekilogram, sekali gus menjadikannya durian tempatan termahal ketika ini.
3. Pemilihan PKR 2025: AMK umum sokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden
AMK memberikan sokongan kepada Nurul Izzah yang pernah menerima digelar Puteri Reformasi itu selaku calon Timbalan Presiden bagi pemilihan di peringkat Pusat.
4. Insiden tembakan: Anggota polis trafik didakwa membunuh di Kuching
Seorang anggota polis trafik Bukit Aman, Genesis Nitchell David Reddy, didakwa membunuh Muhammad Zaki Iderus dalam insiden tembakan di Jalan Stephen Yong pada 26 April.
5. Pemilihan PKR 2025: Rafizi jelaskan sebab ambil cuti panjang
Beliau mengambil cuti selama empat hari daripada tugas rasmi kerajaan untuk menyelesaikan kemelut pemilihan parti di peringkat cabang PKR.
6. Semakan kehakiman Pamela Ling sebelum hilang tidak batal siasatan sedang dijalankan - SPRM
Ling dan suaminya disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram sejak Mei 2024.
7. Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan tidak penting ke India
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India susulan serangan rentas sempadan yang dilaporkan baru-baru ini.
8. Pengorbanan tanpa batas, warga PDRM terus komited lindungi negara - KPN
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah lelah mempertahankan keselamatan negara meskipun tanpa sebarang sanjungan atau pujian, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
9. Hala tuju baharu pendidikan negara perlu pendekatan berani, menyeluruh - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
10. Pengetahuan mengenai ASEAN perlu diberi penekanan di IPT - Johari Abdul
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disaran menekankan pengetahuan mengenai ASEAN di institusi pengajian tinggi (IPT) agar negara tidak ketandusan pemimpin pelapis yang cakna terhadap isu-isu serantau.