awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan tidak penting ke India

Bernama
Bernama
07/05/2025
12:55 MYT
Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan tidak penting ke India
Suruhanjaya Tinggi menasihatkan agar semua perjalanan tidak penting ke India, khususnya ke negeri yang bersempadan dengan Pakistan, ditangguhkan. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India susulan serangan rentas sempadan yang dilaporkan baru-baru ini.
"Memandangkan peningkatan ketegangan terkini antara India dan Pakistan, yang mana India melancarkan Operasi Sindoor ke atas Pakistan pada 7 Mei, Suruhanjaya Tinggi menasihatkan agar semua perjalanan tidak penting ke India, khususnya ke negeri-negeri yang bersempadan dengan Pakistan, ditangguhkan segera," menurut kenyataan di platform media sosial X suruhanjaya itu.
"Ini termasuk perjalanan untuk tujuan bercuti atau sebab tidak mendesak lain," katanya lagi.
Rakyat Malaysia yang berada di India dinasihatkan supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi dan memaklumkan kehadiran mereka melalui e-mel ke alamat [email protected].
Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menerusi talian +90 11 2415 9300 atau +90 11 2415 9311 (talian umum/bilik operasi), serta +90 85 9555 0564 (pegawai bertugas dari 4.30 petang hingga 8 pagi).
"Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kami. Sila sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan berhati-hati pada setiap masa," kata Suruhanjaya Tinggi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#perjalanan tidak penting
#rakyat Malaysia
#ketegangan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan