awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR 2025: Rafizi jelaskan sebab ambil cuti panjang

Seth Akmal
Seth Akmal
07/05/2025
07:23 MYT
Pemilihan PKR 2025: Rafizi jelaskan sebab ambil cuti panjang
Rafizi berkata mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik daripada tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baharu yang wajar disemai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil cuti selama empat hari daripada tugas rasmi kerajaan kerana enggan mencampur aduk tugas politik dan kementerian.

Ringkasan AI
  • Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil cuti selama empat hari daripada tugas rasmi kerajaan untuk menyelesaikan kemelut pemilihan parti di peringkat cabang PKR.
  • Rafizi menekankan pentingnya mengasingkan tanggungjawab sebagai pemimpin parti politik dari tugas rasmi sebagai menteri, sebagai satu budaya politik baharu yang perlu disemai.
  • Rafizi memohon cuti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi tumpuan kepada isu-isu di peringkat akar umbi, dan Anwar menyatakan tindakan tersebut tidak perlu dijadikan isu.

Rafizi selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku semasa pemilihan parti di peringkat cabang apabila timbul 190 bantahan di seluruh negara.
Tambah beliau, urusan parti memerlukan masa khusus dan tidak dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri.
“Bagi saya, mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik dari tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baharu yang wajar kita semai,” katanya.
Oleh itu, katanya beliau telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bercuti dan memberi tumpuan meredakan keadaan di peringkat akar umbi.
“Menyedari bahawa aduan-aduan dan isu yang timbul perlu diuruskan dengan harmoni, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan menguruskan perkara ini sepenuh masa termasuk berjumpa dan mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh pelbagai calon yang bertanding, tanpa mengira kumpulan,” katanya.
Media melaporkan Ahli Parlimen Pandan itu kembali bertugas semalam, malah Anwar menyatakan tindakan Rafizi itu tidak perlu dijadikan isu.
Beberapa pemimpin PKR daripada kem Rafizi kecundang antaranya Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pemilihan PKR
#Rafizi Ramli
#cuti panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan