MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Jun 2025.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangannya dalam UMNO, namun mengesahkan tekadnya untuk berhijrah ke PKR.
Jemaah wanita yang dalam keadaan haid tidak perlu berniat ihram secara bersyarat ketika memulakan ibadah haji sebaliknya cukup melafazkan niat haji seperti biasa bagi memastikan ibadah mereka sah di sisi syarak.
Konsert K-POP Big 2 Super melibatkan persembahan artis popular Korea Selatan (G)I-DLE dan BamBam yang dijadual berlangsung 14 Jun ini dibatalkan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan mendesak untuk merombak Kabinet dalam masa terdekat ini.
UMNO telah meminta Biro Undang-Undang parti untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada parti Melayu itu.
Beberapa peraturan baharu akan dilaksanakan pada musim haji kali ini, khususnya larangan jemaah haji berjalan kaki dari Mekah ke Arafah.
Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan tidak berhasrat dan tidak berminat untuk menerima sebarang jawatan tertinggi jika ditawarkan mana-mana parti.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu berakhir dalam tempoh 1 jam lima minit menerusi aksi rubber set 15-21,21-18, 21-19.
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengingatkan peralihan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz daripada UMNO ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpotensi mencetuskan gelombang politik yang sukar dikawal oleh Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini berkata Malaysia mendapat tawaran daripada kerajaan Arab Saudi untuk membantu dalam penganjuran Ekspo 2030 Riyadh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami