MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 03/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Jun 2025.


1. Muhammad Shahrul Ikram dilantik Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat

Istiadat pengurniaan watikah pelantikan berlangsung di Istana Negara pada Selasa.



2. Presiden Guinea-Bissau Embalo lakukan lawatan sulung ke Malaysia

Ini merupakan lawatan pertama Embalo ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan pada Februari 2020.


3. Anwar, Paetongtarn pacu hubungan Malaysia-Thailand ke tahap lebih tinggi

Komunikasi yang kerap antara kedua-dua pemimpin juga membantu memperkukuh persefahaman bersama dan membuka jalan ke arah kerjasama strategik yang lebih luas.


4. Jabatan Peguam Negara nafi pengampunan Anwar tidak sah

AGC menegaskan bahawa suatu Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 telah diadakan pada hari Rabu 16 Mei 2018.


5. Mahkamah beku aset luar negara Na'imah bernilai 132 juta pound

Pembekuan aset dilakukan bagi siasatan SPRM berkaitan pengubahan wang haram dan hasil daripada aktiviti haram.


6. Nasib ibu bapa Zayn Rayyan ditentukan 21 Julai ini

Pasangan itu didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan Kanun Keseksaan, dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 jika sabit kesalahan.


7. Rayuan akhir, permohonan kemuka bukti baharu Siti Bainun didengar 14 Ogos

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 14 Ogos ini untuk mendengar rayuan akhir pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.


8. Jenayah indeks di Kelantan naik 15.1 peratus, kes rogol dan curi meningkat ketara

Jenayah indeks di Kelantan mencatat peningkatan sebanyak 15.1 peratus sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2024 berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.


9. Lelaki warga Taiwan maut terjatuh landasan, digilis tren LRT

Seorang lelaki warga Taiwan maut digilis selepas terjatuh di landasan di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, di Jalan Bandar 3, di sini petang Selasa.


10. Kawal selia media sosial: Fahmi sedia adakan perbincangan lanjut bersama Azalina

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata beliau sedia mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said untuk memperkukuh kawal selia platform media sosial di negara ini.




#berita pilihan #berita tempatan #berita global #Berita AWANI