awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Taiwan maut terjatuh landasan, digilis tren LRT

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/06/2025
13:21 MYT
Lelaki warga Taiwan maut terjatuh landasan, digilis tren LRT
Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.05 petang. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Taiwan maut digilis selepas terjatuh di landasan di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, di Jalan Bandar 3, di sini petang Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.05 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya segera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami mendapati seorang lelaki berada di bawah tren dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Kata Ahmad Mukhlis, semakan mendapati mangsa dikenali sebagai Chang Pao-Shih, berusia 63 tahun.
"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 8.05 malam dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan gambar mangsa bagi menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa.
Rapid KL dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan perkhidmatan alternatif diaktifkan bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna susulan insiden berkenaan.
Menurut kenyataan itu, operasi tren dari arah Stesen Putra Heights berpatah balik di Stesen Puchong Perdana, manakala tren dari Sentul Timur berpatah balik di Stesen Kinrara BK5.
"Bagi kemudahan penumpang, Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas perantara secara percuma yang berulang-alik antara Stesen Puchong Perdana ke Stesen Kinrara BK5," menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#maut digilis tren
#Taiwan
#landasan kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan