awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
'Jangan biarkan tindakan haram Israel berterusan' - kata Tok Mat kepada OIC
MALAYSIA
Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC)
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Jun 2025.
1. Aerotrain KLIA kembali beroperasi 1 Julai
Selepas kira-kira tiga tahun dihentikan, perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula pukul 10 pagi, 1 Julai depan.
2. Rafizi dakwa hilang kepercayaan Anwar jadi punca utama letak jawatan
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, keputusan meletak jawatan daripada Kabinet dibuat selepas merasakan beliau tidak lagi mendapat kepercayaan penuh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. AGC nafi “pendakwaan cacat” dalam kes SRC kedua libatkan Najib
Dakwaan pihak tertentu bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menjalankan "pendakwaan cacat" dalam kes kedua SRC International Sdn Bhd (SRC) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah tidak berasas.
4. Tahap kesihatan PM Anwar sangat baik, boleh jalani tugas rasmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
5. 'DNAA Najib satu rahmat daripada Allah’ - Rosmah
Rosmah menghargai sokongan orang ramai yang mendoakan dan menyokong Najib, serta menjelaskan ketidakhadirannya di mahkamah kerana menjaga cucu yang sakit.
6. Konflik Iran-Israel: Kedutaan Malaysia diarah tutup - Mohamad Hasan
Kedutaan Malaysia di Iran diarahkan menutup operasi buat sementara, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
7. Tapak simpan lori, minyak terbakar, penduduk diarah kosong kawasan
Sebuah tapak penyimpanan lori dan minyak enjin di Taman Megah Ria di sini, terbakar hari ini, menyebabkan kepulan asap hitam tebal setinggi hampir 100 meter kelihatan dari jauh.
8. Buat kecoh di pekarangan hotel, 46 pekerja asing ditahan
Polis menahan 46 lelaki warga asing susulan kekecohan di pekarangan sebuah hotel yang dijadikan penginapan pekerja di Bukit Mertajam malam tadi.
9. KPT sedia bantu pelajar Malaysia di Iran untuk ditempatkan di IPT tempatan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia memberi bantuan penempatan pendidikan kepada semua pelajar Malaysia di Iran sekiranya mereka memutuskan untuk pulang ke tanah air.
10. Rayuan SIS Forum tidak sentuh isu akidah Islam - Mahkamah Persekutuan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata rayuan dikemukakan melibatkan semakan terhadap tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor dalam melaksanakan kuasa tertentu mengikut undang-undang, yang berbeza daripada perkara pokok dan kandungan keputusan dibuat oleh pihak berkenaan.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami