Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 27/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Jun 2025.


1. PDRM tumpas gerakan militan di Malaysia, tahan 36 warga Bangladesh

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 36 warga Bangladesh yang terlibat dalam gerakan militan berasaskan ideologi Islamic State (IS) dalam beberapa serbuan di Selangor dan Johor.



2. SST buah import: Kurma, limau mandarin pula dikecualikan Cukai Jualan

Dua lagi buah-buahan import iaitu limau mandarin dan kurma, dikecualikan daripada perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan bermula 1 Julai depan.


3. Lima pelajar MRSM direman kes buli pelajar Tingkatan Dua

Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut.


4. Nooh Gadot diangkat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang juga bekas Mufti Johor ke-11, Datuk Dr Nooh Gadot ditabalkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1447 H.


5. Agong titah jangan ada pihak ‘menunggang agama’ untuk kepentingan politik

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah memberi peringatan jangan ada pihak bersifat ‘menunggang agama’ iaitu mempergunakan agama untuk kepentingan politik.


6. Titah Yang di-Pertuan Agong sempena Maal Hijrah 1447 H

Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 H peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.


7. Kes bunuh pelajar di Cyberjaya: Tiga suspek direman seminggu

Tiga remaja termasuk dua perempuan yang ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang pelajar di Cyberjaya Selasa lalu, direman selama tujuh hari, bermula hari ini.


8. Amir Hamzah diberi tanggungjawab jalankan tugas, fungsi Menteri Ekonomi

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.


9. Kes buli MRSM: MARA mahu jadikan pengajaran buat semua maktab - Pengerusi MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa insiden buli fizikal melibatkan enam pelajar yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Kuala Terengganu baru-baru ini, harus dijadikan pengajaran kepada semua pelajar di MRSM lain agar tidak mengulangi perbuatan sama.


10. Kempen Buah Tempatan diperhebat, sokong petani tempatan - Mohamad

Kerajaan akan mempergiat semula Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada buah-buahan import, selain membantu meningkatkan pendapatan petani di seluruh negara.








#berita pilihan #tempatan #PDRM #MARA