MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 04/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Julai 2025.


1. Berjalan kaki ke Mekah dari Sabah, misi dua beranak warga Indonesia cetus keraguan

Dua individu warga Indonesia yang mendakwa sedang dalam misi berjalan kaki dari negara asal mereka menuju ke Mekah ditahan pihak berkuasa ketika berada di Lahad Datu, malam kelmarin.



2. Militan Bangladesh dikesan sebar fahaman ekstremis guna WhatsApp, Telegram

Kumpulan militan warga Bangladesh yang ditahan dalam beberapa operasi di Johor dan Selangor dikesan menggunakan platform media sosial seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda kumpulan pengganas Islamic State (IS).


3. Zabariah dilantik menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dilantik untuk menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan.


4. Warga emas didakwa rogol anak teman wanita, ibu mangsa dituduh subahat

Seorang lelaki warga emas dan kekasihnya didakwa atas pertuduhan bersubahat dan merogol anak kandung perempuan teman wanitanya, pertengahan tahun lalu.


5. Isu Ambalat: Cadangan pembangunan bersama belum dimuktamadkan

Timbalan Menteri Luar berkata cadangan Malaysia dan Indonesia membangunkan potensi ekonomi secara bersama (JD) di kawasan Laut Sulawesi belum lagi dimuktamadkan.


6. Anwar diberi sambutan rasmi, perkukuh hubungan Kuala Lumpur-Paris

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Perancis di Hotel des Invalides, di sini, pada Jumaat.


7. Malaysia di kedudukan ke-13 Indeks Keamanan Global - Saifuddin Nasution

Walaupun menduduki tempat ke-10 pada tahun lepas, namun skor indeks keamanan negara masih kekal dan Malaysia pernah berada di tempat ke-19 pada 2023.


8. KKM semak semula proses lantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital, perkemas aspek kelayakan

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan proses lantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) di seluruh negara akan disemak semula, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


9. Gangguan perkhidmatan Aerotrain KLIA bukan sebab kelemahan sistem - Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan menjelaskan gangguan Aerotrain di KLIA berpunca daripada kerosakan pam saliran lama, bukan kelemahan tren baharu atau kerana hujan lebat.


10. Polis siasat insiden tembakan, mayat ditinggalkan di HSA

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembak di kawasan sebuah stesen minyak di Gelang Patah, Iskandar Puteri, selain penemuan mayat seorang lelaki yang ditinggalkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, awal pagi Khamis.




#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI