awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Militan Bangladesh dikesan sebar fahaman ekstremis guna WhatsApp, Telegram

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/07/2025
03:10 MYT
Militan Bangladesh dikesan sebar fahaman ekstremis guna WhatsApp, Telegram
Mohd Khalid berkata hasil risikan mendapati lebih 100 hingga 150 individu dikenal pasti terlibat dalam kumpulan tersebut. - Astro AWANI/Abdul Wafi Norazmi
KUALA LUMPUR: Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang ditahan dalam beberapa operasi di Johor dan Selangor dikesan menggunakan platform media sosial seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, selain itu, platform itu juga digunakan untuk merekrut ahli baharu dan memperluaskan pengaruh fahaman ekstremis di negara ini.
“Hasil risikan mendapati lebih 100 hingga 150 individu dikenal pasti terlibat dalam kumpulan tersebut yang beroperasi secara tertutup dalam kalangan pekerja Bangladesh di Malaysia.
“Modus operandi kumpulan ini melibatkan penyebaran fahaman radikal melalui media sosial dan aplikasi pesanan segera, di samping mengadakan sesi baiah secara dalam talian serta perjumpaan rahsia.
"Mereka yang terlibat adalah pekerja Bangladesh dari sektor buruh seperti kilang, tapak pembinaan dan stesen minyak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.
Mohd Khalid menambah, siasatan mendapati akaun Facebook yang aktif menyebarkan propaganda IS itu menggunakan alamat protokol internet (IP) di Malaysia dan dikendalikan warga Bangladesh.
Menurutnya, 36 ahli GMRB termasuk ketua kumpulan militan yang ditahan baru-baru ini dikesan masuk ke negara ini secara sah untuk bekerja dalam pelbagai sektor sebelum direkrut menyertai kumpulan ekstremis terbabit.
Menurut beliau lima daripada mereka sudah dituduh di bawah Bab 6A Kanun Keseksaan atas penyertaan dalam organisasi pengganas dan menyebarkan fahaman ekstremis.
"Seramai 15 individu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk diusir, manakala 16 lagi masih dalam tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi siasatan lanjut,” katanya.
Dalam operasi bermula 28 April hingga 21 Jun lalu, kesemua 36 individu termasuk Ketua Kumpulan GRMB berusia 25 hingga 35 tahun itu ditahan dalam tiga operasi sekitar Selangor dan Johor.
Topic Berkaitan
#Mohd Khalid Ismail
#militan
#media sosial
#IS
#propaganda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan