MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Julai 2025.
1. Muhyiddin gesa RCI siasat dakwaan integriti pelantikan hakim
Muhyiddin menggesa agar satu RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan campur tangan dalam pelantikan hakim di negara ini.
2. AMK bantah pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia
AMK memaklumkan bahawa pihaknya akan menghantar satu memorandum rasmi kepada Kedutaan AS sebagai bantahan terhadap pencalonan Adams.
3. Malaysia wajibkan keperluan permit ke atas eksport cip AI berasal dari Amerika Syarikat
Berkuat kuasa serta-merta, semua eksport, pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) kini tertakluk kepada Permit Perdagangan Strategik, inisiatif untuk merapatkan jurang pengawalseliaan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Isnin.
4. Tinggalkan majlis kerana keletihan, Dr Mahathir mohon maaf
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf selepas terpaksa meninggalkan majlis yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 di Tasik Putrajaya pada Ahad kerana mengalami keletihan.
5. 'Kalau nak KTMB untung, kita naikkan harga tambang komuter' - Loke
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setakat ini belum meraih keuntungan daripada segi operasi, malah gagal mencapai 'break even' atau pulang modal.
6. PM Anwar pengerusikan mesyuarat MB dan KM, fokus penyelarasan pembangunan negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146, di Pejabat Perdana Menteri, pada Isnin.
7. Rafizi, Nik Nazmi tidak hadir taklimat Ahli Parlimen PH bersama PM
Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli tidak hadir taklimat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Seri Perdana, Putrajaya pada Isnin.
8. Belum ada cadangan ETS diperluas ke Pantai Timur - Loke
Tiada cadangan untuk meluaskan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke Pantai Timur buat masa ini, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
9. Majlis Peguam desak kerajaan segera tangani isu babit badan kehakiman
Majlis Peguam mendesak kerajaan mengambil serius semua tuntutan mereka dan segera menangani isu-isu yang dibangkitkan membabitkan isu kebebasan badan kehakiman.
10. Anwar beri bayangan akan umum suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan akan mengumumkan suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat.