[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Bapa Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 20/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Julai 2025.


1. Anwar tegas tidak letak jawatan, tekad pacu pembangunan negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan seperti didesak oleh segelintir pihak, selagi tidak terbabit dengan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.



2. Keputusan kes Zayn Rayyan diketahui Isnin

Keputusan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin dibebas atau diperintah membela diri atas satu kes pengabaian kanak-kanak autisme, akan diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pada Isnin.


3. Ulama Kelantan seru kepimpinan PM Anwar dikekalkan demi kestabilan Islam, ekonomi

Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menyuarakan harapan agar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan demi menjamin kesinambungan pembangunan Islam dan kestabilan ekonomi negara.


4. Siasatan Program eHati: 90 individu telah dirakam keterangan

Seramai 90 individu telah dirakam keterangan berhubung siasatan yang dijalankan melibatkan program motivasi rumah tangga eHati setakat ini.


5. Gangguan sistem 'autogate' KLIA: Tiada unsur sabotaj, serangan siber dikesan - KP AKPS

Tiada unsur sabotaj atau serangan siber dikesan setakat ini sebagai punca gangguan sistem pagar automatik (autogate) untuk pelawat asing, kata Ketua Pengarah (KP) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.


6. Aktiviti manusia disyaki punca kebakaran hutan, belukar di Kajang, Bukit Jalil

Kebakaran hutan dan belukar yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas dipercayai berpunca daripada perbuatan manusia, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.


7. Penjawat awam diingatkan tidak sertai himpunan di ibu negara - KSN

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.


8. Hentikan 'politik sate' jika mahu UMNO kembali kuat, menang PRU16 - Asyraf Wajdi

Ahli-ahli UMNO di semua peringkat perlu segera menghentikan budaya 'politik sate' jika mahu parti itu kembali kuat dan memenangi undi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.


9. 20 pelajar tahfiz, empat ustaz selamat dalam kebakaran

Sebanyak 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz Mahaad Tahfiz Husnul Khotimah di Semerah Padi dekat sini, berjaya menyelamatkan diri selepas bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal terbakar petang Ahad.


10. Jerebu rentas sempadan: Malaysia berpeluang pimpin amalan perladangan bertanggungjawab - Greenpeace

Greenpeace Malaysia menyeru kerajaan Malaysia mengambil peluang sebagai Pengerusi ASEAN untuk memimpin usaha serantau dalam menangani isu jerebu rentas sempadan dan menggalakkan amalan perladangan yang bertanggungjawab.





#berita tempatan #berita utama #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI