MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 26/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 Julai 2025.


1. Henti tukar ganti kerajaan demi kemajuan Sabah - Masidi

Kekerapan pertukaran kerajaan negeri di Sabah menyumbang kepada ketidakstabilan politik, sekali gus membantutkan usaha memajukan negeri ini, kata Datuk Seri Masidi Manjun.



2. Anak Malaysia ‘gegar’ pentas konvo depan 1,200 orang di UK

Seorang pelajar Malaysia, Umar Zulkefli, 23, mencuri tumpuan apabila diberi penghormatan menyampaikan ucapan sebagai wakil graduan pada Majlis Graduasi University of York, United Kingdom (UK) yang berlangsung pada Khamis.


3. Lagi kes buli, 6 pelajar Tingkatan 5 MRSM di Melaka digantung - Asyraf Wajdi

Enam pelajar Tingkatan Lima sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka telah digantung persekolahan dan berkemungkinan akan dibuang sekolah susulan penglibatan mereka dalam kes buli.


4. Himpunan Turun Anwar: Puluhan ribu peserta banjiri Dataran Merdeka

Dataran Merdeka kelihatan dibanjiri puluhan ribu peserta 'Himpunan Turun Anwar' yang tiba dengan berarak dari Masjid Negara.


5. Himpunan Turun Anwar: Poster ‘Hamzah For PM’ curi tumpuan

Kain rentang tertera tulisan “Hamzah For PM” mencuri perhatian ketika himpunan 'Merayakan Demokrasi; Himpunan Turun Anwar' berlangsung di ibu negara pada petang Sabtu.


6. Rumah cucu Tun M dipecah masuk masih dalam siasatan – Polis

Polis mengesahkan insiden pecah masuk di kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih dalam siasatan.


7. Dakwaan Islam, Melayu terancam di bawah Kerajaan Perpaduan adalah fitnah - Asyraf Wajdi

Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata dakwaan kononnya Islam dan Melayu terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan adalah tohmahan dan fitnah semata-mata.


8. RM52.7 juta diagih kepada hampir 47,000 penerima STR tanpa akaun bank

Kementerian Kewangan (MOF) mengagihkan RM52.7 juta kepada 46,568 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tidak memiliki akaun bank, dalam siri program penunaian STR di seluruh negara.


9. 'Saya hanya fikir satu, selamatkan dia' - Pelajar Unimas

Seorang mahasiswa Unimas, Ahmad Nur Irfan Amirruddin, bertindak berani menyelamatkan seorang remaja perempuan selepas kereta mangsa terjunam ke dalam tasik ketika dia sedang meninjau lokasi program universiti bersama rakan.


10. PM Anwar konsisten pertahankan prinsip demokrasi, hormati kritikan asalkan tertib dan aman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendiriannya yang konsisten untuk terus menjunjung prinsip demokrasi termasuk kebebasan bersuara serta menyatakan kritikan secara tertib dan aman.




#berita tumpuan #berita tempatan #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI